Lima Jenis Ikan Tilapia Di Malaysia Wajib Anda Tahu

Jenis Ikan Tilapia Di Malaysia – Tilapia merupakan sejenis ikan air tawar yang popular di Malaysia. Ikan ini berasal dari Afrika dan telah diperkenalkan ke banyak negara di dunia termasuk Malaysia.

Terdapat lima jenis tilapia yang biasa dipelihara di Malaysia antaranya Ikan Tilapia Merah Taiwan, Ikan Tilapia NIFI, Ikan Tilapia Chitralada, tilapia BEST dan tilapia GIFT. 

5 Jenis Ikan Tilapia Di Malaysia

Ikan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza dan sesuai dipelihara dalam pelbagai jenis perairan sama ada kolam, sungai mahupun kolam.

Dalam artikel ini, kami akan menerangkan secara terperinci jenis-jenis ikan tilapia yang selalu diternak di Malaysia, serta maklumat tentang kelebihan dan kekurangan setiap jenis tilapia.

Ikan Tilapia GIFT

Ikan Tilapia GIFT (Genetic Improvement of Farmed Tilapia) ini adalah hasil percampuran baka Tilapia dari 8 buah negara iaitu Kenya, Israel, Senegal, Ghana, Singapura, Thailand, Mesir dan Taiwan.

Ia mempunyai hujung ekor yang berwarna merah pudar dan mempunyai garisan menegak pada badan yang agak ketara. Antara ciri-ciri ikan Tilapia GIFT ini ialah:

  • Ia sangat tahan kepada apa jua serangan penyakit.
  • Tempoh pembiakan yang produktif sehingga 1.5 ke 2 tahun.
  • Tempoh bertelur dalam masa dari 3 hingga ke 6 minggu.
  • Jumlah telur bagi sekali pengawanan pada berat 600gram ialah 2000 hingga 3000 butir telur.
  • Mengalami tumbesaran yang cepat, ia mampu mencapai berat 600gram pada umur 5 ke 6 bulan.

Ikan Tilapia BEST

Ikan Tilapia BEST (Bogor Enhanced Strain of Tilapia) jenis adalah hasil percampuran baka Tilapia dari 4 jenis Tilapia iaitu Tilapia tempatan Bogor Indonesia, Tilapia tasik Indonesia, Tilapia GIFT generasi ke-3, dan Tilapia GIFT generasi ke-6.

Ikan Tilapia jenis ini mempunyai warna kelabu kehijauan. Antara ciri-ciri ikan Tilapia BEST ini ialah:

  • Peratusan hidup anak-anak ikan sehingga dewasa sangat tinggi iaitu sebanyak 90%.
  • Peratusan ketahanan terhadap penyakit adalah sebanyak 140% lebih tinggi jika dibandingkan dengan Tilapia tempatan.
  • Mempunyai peratusan tumbesaran sebulan yang tinggi sehingga mencecah 4.85%.
  • Jumlah telur bagi sekali pengawanan pada berat 600gram ialah 6000 hingga 15000 butir telur.
  • Mengalami tumbesaran yang cepat, ia mampu mencapai berat 600gram pada umur 4 ke 5 bulan.

Ikan Tilapia Chitralada

Ikan Tilapia Chitralada (Ikan DiRaja Thailand) ini ialah daripada keturunan Tilapia yang dihadiahkan oleh Raja Jepun kepada Raja Bhumibol Thailand sekitar tahun 1965.

Ikan tersebut dipelihara di dalam perkarangan istana Chitralada, lantas terhasillah nama Tilapia Chitralada yang terkenal sehingga kini. Ikan tilapia jenis ini punyai hujung ekor bewarna merah.

Antara ciri-ciri ikan Tilapia Chitralada ialah:

  • Ia sangat tahan lasak terhadap kepadatan kolam yang tinggi.
  • Ia cepat membesar kepada saiz 250gram dalam masa 3 hingga 4 bulan tetapi tumbesarannya mulai perlahan pada saiz 500gram pada usia 6 bulan.
  • Benih ikan jenis ini mempunyai peratusan hidup yang lebih tinggi berbanding Tilapia lain.

Artikel berkaitan: Makanan yang menggemukan ikan tilapia

Ikan Tilapia NIFI

Ikan Tilapia merah (National Inland Fisheries Insitut) ini dihasilkan oleh Jabatan Perikanan Thailand. Tilapia NIFI juga dikenali sebagai Tilapia Merah Thailand.

Rata-rata ikan Tilapia NIFI bewarna merah pudar dan mempunyai sirip bewarna merah jingga. Antara ciri-ciri Tilapia NIFI ialah:

  • Ia lebih cenderung mempunyai keturunan yang dominan jantan.
  • Ia cepat membesar berbanding Tilapia merah lain hasil daripada keturunan yang dominan jantan.
  • Ia sangat mudah dijual kepada pelanggan kerana warna dan isinya yang agak tebal.

Ikan Tilapia Merah Taiwan

Ikan Tilapia merah ini merupakan jenis ikan Tilapia yang diimport khas dari Taiwan. Rata-rata Tilapia Merah Taiwan berwarna merah cerah diselang-selikan dengan warna jingga dan kuning. Antara ciri-ciri Ikan Tilapia Merah Taiwan ialah:

  • Tumbesarannya sangat memberangsangkan sehingga mencapai 700 gram dalam masa 6 bulan.

Penutup

Berdasarkan huraian di atas, dapat disimpulkan bahawa terdapat beberapa jenis ikan tilapia yang biasa diternak di Malaysia.

Setiap jenis tilapia mempunyai kelebihan dan kekurangan yang berbeza bergantung kepada ciri-cirinya, seperti tahan penyakit, pertumbuhan cepat, dan harga jualan yang tinggi. 

Sebagai penternak ikan, amat penting untuk mengetahui ciri-ciri setiap jenis tilapia supaya anda boleh memilih jenis ikan yang sesuai untuk dipelihara mengikut keadaan air dan keperluan pasaran.

Dengan pemilihan jenis ikan yang betul, ia diharap dapat meningkatkan produktiviti dan keuntungan dalam akuakultur tilapia.

Belajar Sesuatu?

Adakah artikel ini dapat memberi input kepada anda tentang jenis ikan tilapia di Malaysia? Rasa berminat untuk menternak ikan tilapia?

Jika anda inginkan lagi ilmu penternakan ikan tilapia, anda boleh baca perkongsian seorang penternak ini. Klik butang di bawah untuk baca. 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *