Makanan Ikan Tilapia Merah Yang Mudah Diperoleh

Apa makanan ikan tilapia merah yang sesuai diberikan kepada ternakan anda? Ini merupakan pertanyaan yang kerap ditanyakan kepada saya. Artikel kali ini saya akan senaraikan makanan ikan tilapia yang mudah didapati.

Contoh Makanan Ikan Tilapia Merah

Ikan tilapia merupakan ikan yang tidak cerewet dalam pemakanan. Anda boleh ternak ikan tilapia di rumah menggunakan bahan-bahan makanan yang mudah diperoleh seperti:-

  • Makanan pallet.
  • Perut ayam.
  • Roti-roti kilang yang telah rosak.

Makanan Pallet.

Pallet merupakan makanan ikan tilapia yang berkhasiat dan penuh dengan vitamin. Pallet atau makanan ikan ini terbahagi kepada tiga jenis, iaitu starter, grower dan finisher.

Pallet ini sifatnya ringan. Apabila ianya ditabur di atas permukaan kolam, ianya akan terapung.

Pallet yang terapung ini akan memudahkan ikan tilapia untuk memakan pallet itu tadi. Selain itu, pallet ini tidak mudah larut dalam air. Jadi ianya dapat mengurangkan kekotoran air dalam kolam.

Yang tak best tentang pallet ini ialah harga. Harga untuk seguni 20kg pallet pada hari ini dalam RM100. Dan harga ini tidak tetap, bergantung kepada lokasi penjual pallet ini.

Pallet merupakan makanan yang disyorkan untuk ikan tilapia.

Perut Ayam.

Salah satu makanan ikan tilapia merah ialah perut ayam. Harga perut ayam lebih murah jika hendak dibandingkan dengan makanan pallet. Perut ayam mempunyai kandungan protein yang tinggi dan ianya baik untuk membantu tumbesaran ikan.

Jika nak dibandingkan dengan khasiat, perut ikan kurang berkhasiat tidak seperti pallet kerana tiada vitamin tambahan.

Ianya juga tidak boleh disimpan lama seperti pallet kerana akan menjadi busuk. Tambahan pula, air kolam mudah menjadi cepat kotor, busuk dan berminyak.

Perut ayam juga dijadikan makanan kepada ikan tilapia.

Roti-Roti.

Roti juga merupakan makanan yang baik untuk ikan tilapia merah. Ianya sesuai jika anda ingin mengurangkan kos makanan kerana ianya jauh lebih murah daripada pallet dan perut ayam.

Sama seperti perut ayam, roti juga kurang daripada segi khasiat. Tambahan pula, roti ini mudah meresap dan mengembang di dalam air. Kesannya, air kolam akan mudah menjadi kotor dan berbau.

Ikan tilapia sebenarnya kurang meminati roti ini. Tetapi ikan-ikan ini akan tetap makan apabila ketiadaan sumber makanan yang lain.

Jadual Beri Makanan Ikan Kepada Tilapia Merah

Pemakanan yang mengikut jadual dapat memastikan tumbesaran ikan tilapia berlaku dengan baik. Tapi bagaimana nak tahu ikan tilapia ini cukup makan?

Kaedah yang sering digunakan oleh penternak ikan ialah kaedah 10 peratus. Iaitu, memberi makanan 10 peratus daripada berat seekor ikan.

Saya ada ceritakan tentang kaedah ini dekat blog bawah ini.

Baca: Ternak Ikan Tilapia Di Rumah

Belajar Sesuatu?

Dah dapat idea apa makanan ikan tilapia merah yang sesuai untuk ternakan anda? Jika anda inginkan lagi ilmu penternakan ikan tilapia, anda boleh baca perkongsian penternak ini.

Klik butang di bawah untuk baca. 

9 thoughts on “Makanan Ikan Tilapia Merah Yang Mudah Diperoleh”

      1. Assalamualaikum. Sy mengalami masalah oksigen jadi mintak pandangan sistem moto yg mana sesuai untuk sy gunakan bg mengatasi masalah ini. Sy perlukan khidmat nasihat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *