Bagaimana nak ternak ikan tilapia di rumah? Saya pasti mesti ramai yang berminat untuk ternak ikan tilapia mereka sendiri. Nak ternak ikan tilapia tak perlu pun nak kena buat kolam ribu-ribu ringgit. Bagaimana tu?
Artikel kali ini saya nak kongsikan bagaimana hendak ternak ikan tilapia di rumah tanpa memerlukan modal yang besar.
Kaedah Ternak Ikan Tilapia Di Rumah.
Kaedah penternakan ikan yang boleh anda gunakan adalah menggunakan Tangki Polythelene sebagai kolam ikan. Kelebihan menggunakan Tangki Polythelene ialah
- tidak memerlukan ruangan yang besar
- tidak perlu membina kolam
- tidak memerlukan tenaga kerja buruh yang ramai.
Daripada pemerhatian saya sendiri, ramai penternak yang bermula dengan kaedah ini. Mereka menjadikan aktiviti ternak ikan tilapia di rumah ini sebagai hobi masa lapang mereka.
Tangki Polythelene
Terdapat dua jenis bentuk tangki Polythelene di pasaran sekarang. Sama ada berbentuk bulat ataupun berbentuk segiempat sama. Daripada pilihan warna pula, ianya hadir dengan dua jenis warna. Biru dan hitam.
Ramai penternak lebih suka ternak ikan tilapia di rumah menggunakan Tangki Polythelene warna biru. Ini disebabkan kerana ianya lebih senang untuk melihat tumbesaran ikan dan mengesan kekotoran pada dalam tangki.
Berbanding tangki warna hitam, kekotoran sukar dilihat.
Sebelum anda ternak ikan tilapia di rumah menggunakan tangki Polythelene ini, beberapa langkah perlu diambil untuk mengelakkan memberi kemudaratan kepada benih ikan yang bakal dilepaskan nanti.
Bersihkan dahulu tangki dengan teliti agar bahan kimia tidak memberi kesan kepada anak ikan yang bakal dilepaskan ke dalam tangki ini nanti.
Tangki baru perlu diisi dengan air yang bersih sehingga ke paras maksimum dan dibiarkan selama seminggu. Ianya bertujuan untuk menyahkan kesan bahan kimia yang melekat pada tangki Polythelene ini.
Artikel berkaitan: Modal Bina Kolam Ikan Air Tawar Jenis Tanah
Benih Ikan Tilapia Sesuai Diternak Di Rumah.
Saiz benis ikan tilapia yang sesuai bagi memulakan ternak ikan tilapia di rumah adalah berukuran 1 sehingga 3 inci. Benih ikan yang bersaiz besar adalah lebih baik kerana benih ikan bersaiz besar lebih tahan lasak.
Risiko untuk benih ikan mati adalah lebih rendah berbanding dengan saiz benih yang kecil.
Harga benih ikan tilapia ini pula berbeza-beza mengikut kepada saiz mereka. Di bawah ini saya senaraikan harga benih ikan tilapia mengikut saiz.
Saiz | Harga (RM) |
---|---|
1 inci | RM0.10 |
2 inci | RM0.20 |
3 inci dan ke atas | RM0.45 |
Makanan Sesuai Untuk Ikan Tilapia Ternak di Rumah.
Ikan tilapia merupakan ikan yang tidak cerewet dalam pemakanan. Anda boleh ternak ikan tilapia di rumah menggunakan bahan-bahan makanan yang mudah diperoleh seperti:-
- Makanan pallet.
- Perut ayam.
- Roti-roti kilang yang telah rosak.
Makanan Pallet.
Makanan pallet adalah makanan yang paling sesuai untuk diberikan kepada ikan tilapia. Ianya dirumus khas untuk membantu tumbesar ikan ke tahap optimum. Kandungannya pula dipenuhi dengan khasiat dan vitamin penting untuk ikan.
Akan tetapi, harga pallet ini memang agak mahal berbanding dengan makanan yang lain. Dengan harga RM45 untuk seguni, ianya agak mahal terutama kepada penternak-penternak yang baru bermula.
Perut Ayam.
Perut ayam memang murah dan ianya mudah untuk didapati. Anda boleh pergi saja dekat pasar-pasar yang berdekatan untuk peroleh bekalan perut ayam ini.
Selain daripada mudah, perut ayam juga boleh mempercepatkan tumbesaran ikan.
Walaupun begitu, ianya setanding dengan khasiat yang ada di dalam pallet. Air dalam kolam juga cepat kotor dan berbau busuk jika anda memberi ikan memakan perut ayam.
Jadi terpaksalah anda selalu tukar air jika anda ingin mengelakkan air kotor dan berbau ini.
Roti-Roti.
Seperti perut ayam juga, memberi ikan memakan roti-roti juga dapat mengurangkan kos makanan. Ianya juga lebih bersih jika nak dibandingkan dengan perut ayam.
Tapi roti ini kurang diminati oleh ikan. Ikan akan makan juga roti ini apabila tiada makanan lain yang dapat mereka makan.
Kaedah Pemberian Makanan.
Pemberian makanan kepada ikan perlu dilakukan tepat pada masa dan kuantiti bagi memastikan tumbesar berlaku secara baik.
Tapi bagaimana nak memastikan ikan yang diternak itu cukup makanannya?
Salah satu kaedah dalam pemberian makanan ternak ikan tilapia di rumah ialah mengikut peratusan berat badan. Iaitu, memberi makanan 10% daripada berat seekor ikan.
Contohnya, ikan yang anda ternak ada 1,000 ekor. Cuba ambil 20 ekor dan timbang berat ikan tersebut. Daripada 20 ekor ikan itu, cuba ambil purata berat untuk setiap ekor.
Jika purata seekor ikan ialah 300 gram, cuba darab dengan 1,000 ekor. Dengan menggunakan 10 berat makanan, anda perlu darabkan dengan 10%.
Contoh Pengiraan.
Berat ikan 20 ekor = 1 kg
Purata berat ikan = 1 kg / 20 ekor = 300 gram.
Jika dalam satu kolam mempunyai 1,000 ekor ikan.
Berat makanan = 1,000 ekor x 300 gram x 10% = 30kg makanan sehari.
30kg makanan ini anda perlu pecahkan kepada dua bahagian. Iaitu satu bahagian pada waktu pagi, dan satu bahagian lagi pada waktu petang. Dengan memberi 15kg makanan pada setiap bahagian.
Pemberian makanan ternak ikan tilapia ini tidak sentiasa sama untuk setiap hari. Ini disebabkan mungkin akan ada ikan yang akan mati semasa proses penternakan.
Jadi bagi mengelakkan pemberian makanan yang berlebihan, anda perlu merekodkan setiap hari berapa ekor ikan yang mati.
Pada permulaan anda mengira perlu memberi 30kg makanan sehari bukan. Tapi dengan berlakunya kematian ini, jumlah ikan pasti akan berkurang dan jumlah makanan sehari perlu anda kurang berdasarkan jumlah ikan semasa.
Dengan itu, anda boleh mengelakkan berlakunya pembaziran kerana memberi makanan yang berlebihan.
Belajar Sesuatu?
Saya harap artikel ini dapat sedikit sebanyak membantu anda untuk ternak ikan tilapia di rumah.
Jika anda ingin belajar lebih mendalam dalam projek ternakan ikan tilapia ini, anda boleh baca perkongsian sahabat penternak saya ini.
Klik butang di bawah untuk baca.
Asalam… koten kongsi yg baik sya suka betul.. thniah
terima kasih
Info info ini membantu saya untuk ternak ikan tilapia
Semoga bermanfaat.
Sya baru nak coba berjinak ternak Ikan talapia…. TQ atas tips✨🙏🏻 riverside cabin sya tiada masalah air bersih sebab boleh guna air sungai garviti bila2 masa… Lagi deras dari air paip.
Klu phng blh hntr atau ambik esok brda di kuatan
Ya boleh tuan
Terima kasih tuan diatas perkongsian ilmu penternakan ikan tilapia ini. Semoga tuan dimurahkan rezeki.
Sama-sama tuan.
Terima kasih tuan atas perkongsian. Semoga tuan dimurahkan rezeki.
Sama-sama tuan.
Ternak ikan tilapia ini sesuai ke untuk dijadikan pendapatan sampingan?
Saya Dari Felcra Bukit Kepong, Labis, Segamat, Johor.
Sedang mencari anak benih ikan talapia hitam Untuk Mula start bela.
Boleh tak jika ternak ikan talapia merah dan hitam didalam satu kolam?
saya nak beli benih talapia tempat tuan dimana..