Modal Bina Kolam Ikan Air Tawar Jenis Tanah

Kolam ikan air tawar terbahagi kepada empat jenis. Iaitu jenis kolam atas tanah, jenis kolam simen, jenis kolam kanvas, dan jenis kolam PVC.

Setiap jenis kolam ikan mempunyai kelebihan dan kekurangan mereka tersendiri. Sebagai contoh, kos pembinaan kolam ikan air tawar di atas tanah adalah lebih murah jika nak dibandingkan dengan kolam jenis simen.

Tapi bila dilihat dari sudut penjagaan pula, kolam ikan jenis simen lebih mudah untuk dicuci jika nak dibandingkan dengan kolam jenis atas tanah.

Kolam ikan jenis kanvas yang digunakan oleh penternak ikan.

Jadi untuk artikel ini, saya lebih menfokuskan kepada pembinaan kolam ikan air tawar jenis tanah sahaja. Kerana kolam jenis ini lebih sesuai digunakan untuk penternakan secara komersial.

Ciri-Ciri Kolam Ikan Air Tawar Jenis Tanah.

Kolam ikan air tawar yang bakal dibina perlulah menepati ciri-ciri kolam yang baik bagi memastikan ikan yang diternak dapat membesar dengan baik.

Antara ciri asas yang perlu diberi perhatian adalah:-

  • Jenis tanah yang hendak dibuat kolam.
  • Bentuk kolam ikan yang hendak dibina.
  • Kedalaman kolam ikan yang sesuai.
  • Keluasan kolam ikan yang sesuai.

Kolam Tilapia Jenis Tanah.

Tak semua jenis tanah sesuai untuk dibina kolam. Hal ini kerana, tanah yang baik adalah tanah yang boleh menakungkan air. Contohnya adalah tanah liat.

Jika anda membina kolam di atas tanah jenis berpasir, air yang anda masukkan ke dalam kolam akan sentiasa berkurangan. Tanah jenis berpasir tidak berapa sesuai untuk dibuat kolam kerana sifatnya yang menyerap air.

Bentuk Kolam Ikan Tilapia.

Bentuk kolam ikan air tawar yang biasa kita lihat adalah jenis segi empat bukan? Itulah bentuk kolam yang paling sesuai untuk digunakan dalam penternakan ikan.

Ianya boleh memaksimakan penggunaan tanah seluas mungkin dan ianya juga memudahkan pengendalian, pembersihan, dan pengutipan hasil ternakan ikan.

Tebing kolam pula perlu dibina agar mempunyai kecerungan 45 darjah. Kecerungan tebing ini bertujuan untuk mengukuhkan struktur tebing bagi mengelakkan berlakunya runtuhan.

Kecerungan tebing kolam yang disarankan adalah 45 darjah.

Kedalaman Kolam Ikan Tilapia.

Kedalaman kolam ikan air tawar yang sesuai adalah 4 kaki hingga 5 kaki. Ianya bertujuan untuk mengelakkan ikan terasa tertekan dengan perubahan suhu air.

Kesan buruk bila air kolam terlalu cetek adalah ikan akan berada didalam keadaan tertekan. Suhu air kolam akan bertambah jika hari panas terik, dan suhu mudah untuk menurun jika hari dingin (ketika waktu pagi).

Perubahan suhu secara tiba-tiba ini boleh mengganggu tumbesaran ikan air tawar.

Perbezaan suhu di permukaan kolam dengan dasar kolam ketika matahari terik.

Keluasan Kolam.

Keluasan kolam pula bergantung kepada modal yang dimiliki oleh penternak. Lebih besar kolam lebih tinggi modal perlu dikeluarkan. Untuk memudahkan anda untuk mengira kuantiti ikan yang bakal diternak, anggarnya adalah 10 ekor ikan untuk satu meter persegi.

Kuantiti ikan ini merupakan salah satu faktor penyebab kepada kualiti ikan yang akan dihasilkan. Ikan yang terlalu padat akan menyebabkan persaingan dikalangan ikan-ikan.

Persaingan yang paling ketara adalah persaingan untuk mendapatkan makanan. Bila tiba waktu pengutipan hasil, anda akan bakal lihat ada ikan yang besar dan ada ikan yang kecil.

Artikel berkaitan: Cara Ternak Ikan Tilapia Di Rumah

Berapa Kos Pembinaan Kolam Ikan Air Tawar?

Di bawah ini merupakan kira-kira kos yang perlu dikeluarkan untuk membina 15,000 ekor ikan tilapia. Anggaran keluasan kolam yang perlu dibina adalah 70 kaki kali 200 kaki.

PerkaraHarga (RM)
JCB (1 hari)660
Hitachi (sewa)5,200
Paip200
PVC250
Kawat Duri250
Simen & Batu150
Pam Air (Elektrik)500
Injab (Connector)100
Tiang Besi150
JUMLAHRM 7,460‬

JCB ataupun jentera berat perlu digunakan dalam pembinaan kolam ikan air tawar. Ianya bertujuan untuk memudahkan dan mempercepatkan proses untuk menggali tanah.

Kedalaman yang disyorkan adalah untuk penternakan ikan tilapia adalah 4 kaki hingga 5 kaki.

Untuk menggunakan JCB ini, anda perlu mengeluarkan sedikit modal untuk menyewa jentera ini. Harga yang saya tunjukkan di atas merupakan rujukan sahaja.

Mungkin di tempat anda harga sewaan boleh dapat lagi rendah daripada harga saya itu. Hal itu perlulah anda dapatkan kepastian sendiri daripada pemilik jentera ini.

JCB digunakan dalam menggali lubang kolam ikan.

Aspek Pembinaan Kolam Ikan Air Tawar.

Dalam pembinaan kolam wajarnya anda perlu mengikut tatacara pembinaan kolam yang baik. Ianya bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kerosakan alam sekitar disebabkan proses pembinaan kolam tadi.

Sekiranya tapak bakal anda membina kolam itu dipenuhi pokok-pokok, sisa yang ditebang perlulah dibersihkan dan dibuang di tempat sesuai. Ianya bagi mengelakkan sisa-sisa tadi mengganggu alam sekitar dan kawasan kejiranan yang berdekatan.

Saluran air keluar juga perlulah dialirkan ke tempat yang sepatutnya. Jangan mengambil jalan mudah dengan menyalurkan air keluar, kerana ianya akan menggundang kemarahan orang sekeliling.

Air buangan perlulah dialirkan ke tempat yang betul.

Modal Besar Tak Semestinya Untung Besar.

Mesti anda berfikir nak kaut keuntungan besar perlu keluarkan modal yang besar bukan? Tak semestinya macam tu. Sebab jika anda nak ternak 15,000 ekor anak ikan tak semestinya anda akan dapat jual 15,000 ekor ikan juga.

Hal ini disebabkan pelbagai permasalahan yang bakal ditempuh oleh seorang penternak sepanjang mereka menjalankan projek ternakan.

Antaranya, penternak bakal hadapi masalah penyakit ikan, ikan dimakan oleh pemangsa seperti memerang, ikan kena curi, dan sebagainya.

Penyakit Ikan?

Paling kerap sekali adalah ikan mati disebabkan oleh terkena serangan penyakit. Jangan pandang ringan dengan penyakit ikan kerana ianya mudah untuk berjangkit antara satu sama lain.

Risikonya boleh membawa kematian sehingga separuh daripada bilangan ikan dalam satu-satu kolam. Dalam hal ini, seorang penternak perlulah mempunyai ilmu dalam cara penternakan ikan.

Belajar Sesuatu?

Jika anda ingin belajar lagi tentang mendalam dalam menternak ikan air tawar khususnya ikan tilapia, saya syorkan anda untuk baca perkongsian seorang penternak ikan tilapia ini.

Perkongsian tentang cara membina kolam ikan air tawar sehinggalah kepada cara menjual hasil ikan tilapia. Klik butang di bawah ini untuk baca.

8 thoughts on “Modal Bina Kolam Ikan Air Tawar Jenis Tanah”

  1. Assalamualaikum,saya awie…saya bercadang utk membuat kolam ikan keli…saya belum ada pengalaman dlm membuat kolam dan ternakan ikan keli…

  2. Aslm tuan sy ingin brtanya berapa jenis ikan boleh dibela dalam satu satu kolam yg ? Tq

  3. Saya ingat nak bikin kolam siakap untuk buat kolam bayar sila bagi saya tips sikit pasal modal,kolam dan lain.

Comments are closed.