Ikan tilapia hitam adalah spesies ikan air tawar yang sangat popular di kalangan penternak kerana sifatnya yang tahan lasak dan cepat membesar. Sebagai haiwan omnivor, ikan ini memakan pelbagai jenis makanan, sama ada dari sumber tumbuhan atau haiwan.
Namun, untuk memastikan ikan tilapia hitam membesar dengan optimum, penting untuk memahami keperluan pemakanannya pada setiap peringkat umur.
Jadi dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda ikan tilapia hitam makan apa sewaktu kecil dan juga sewaktu mereka besar.
Tilapia Hitam Makan Apa Ketika Kecil (Larva dan Anak Benih)
1. Cacing Mikro (Microworm)
Cacing mikro adalah mikroorganisma kecil dari keluarga nematod. Ia merupakan makanan semulajadi yang kaya dengan nutrisi untuk anak benih ikan tilapia. Cacing ini sering ditemui di kawasan lembap seperti pangkal pokok pisang yang reput.
2. Alga (Lumut Hijau)
Alga atau lumut hijau ialah makanan penting untuk larva ikan tilapia. Untuk mendapatkannya, anda boleh menyediakan akuarium berisi air yang dicampur dengan bahan organik seperti tahi ayam. Biarkan akuarium itu terdedah kepada cahaya matahari selama seminggu sehingga lumut hijau terbentuk.
Namun, elakkan memasukkan larva ikan ke dalam akuarium dengan alga aktif kerana kandungan gas ammonia yang tinggi boleh memudaratkan.
3. Daphnia (Kutu Air)
Kutu air merupakan sejenis plankton kecil yang sering ditemui di lopak air atau tasik terbiar. Ia menjadi pilihan utama makanan larva ikan tilapia kerana saiznya yang sesuai dan kandungan proteinnya yang tinggi.
Tilapia Hitam Makan Apa Ketika Dewasa
1. Berudu
Berudu ialah anak katak yang baru menetas. Tilapia hitam dewasa sangat gemar memakan berudu kerana kandungan proteinnya yang tinggi. Berudu boleh diperoleh di kawasan air bertakung.
2. Kangkung
Sayur kangkung yang tumbuh di kawasan lembap adalah salah satu makanan semulajadi bagi tilapia dewasa. Daun kangkung mudah dihadam dan membantu mempercepatkan pertumbuhan ikan.
3. Kiambang Halus (Duckweed)
Duckweed adalah tumbuhan terapung kecil yang kerap dianggap sebagai tumbuhan perosak. Namun, ia kaya dengan protein dan serat. Selepas dijemur dan dikeringkan, duckweed boleh diberikan kepada ikan tilapia hitam sebagai alternatif makanan murah dan berkhasiat.
4. Ulat Kumbang (Mealworms)
Mealworms merupakan ulat daripada kumbang yang hidup dalam gandum atau bijirin. Sumber protein tinggi ini membantu meningkatkan berat badan ikan tilapia dengan cepat. Mealworms boleh dibeli di kedai-kedai haiwan peliharaan.
5. Berengga Lalat (Maggots)
Berengga lalat adalah makanan berprotein tinggi yang sangat digemari oleh tilapia dewasa. Selain meningkatkan isi ikan, makanan ini juga mudah didapati pada sisa organik yang terbuang.
Belajar Sesuatu?
Dah dapat idea tilapia hitam makan apa sewaktu mereka kecil dan besar? Jika anda inginkan lagi ilmu penternakan ikan tilapia, anda boleh baca perkongsian penternak ini.
Klik butang di bawah untuk baca.